Cara Kerja Rekabentuk | Logo Design Process

Setelah anda memberikan semua maklumat tentang perniagaan, jenis logo yang dipilih dan halatuju rekabentuk bagaimana yang diinginkan Logo Designer anda akan membuat kajian tentang industri yang diceburi (perniagaan anda). Melihat dan meneliti trend, gaya semasa termasuk membuat perbandingan dengan pesaing pesaing bagi mendapatkan konsep yang sesuai.

Anda perlu memberikan maklumat yang lengkap seperti, apakah imej yang mahu ditonjolkan, contohnya:

  • Anda mahu logo perniagaan kelihatan ringkas dan kemas (Contoh: Syarikat Perundingan dan Pemasaran)
  • Anda mahukan logo yang berciri profesional, moden dan mesra (Contoh: Syarikat Komputer)
  • Anda mahukan logo baru menzahirkan visual Tradisional, Klasik dan berciri tempatan (Contoh: Syarikat Minuman - Warisan Keluarga)
  • Logo baru mestilah menonjolkan imej yang Gagah, Kuat, Kukuh tetapi mesra (Contoh: Syarikat Pembinaan)

Ciri-ciri di atas adalah contoh sahaja. Mungkin gabungan beberapa ciri diperlukan. Namum hendaklah disusun mengikut keutamaan. Anda perlu tetapkan apakah imej yang sesuai selari dengan visi, misi syarikat. Sebagai contoh, logo untuk syarikat pembinaan tidak sesuai dengan imej lembut (feminin). Penggunaan huruf (font) dan warna boleh memainkan peranan. Sudah pasti warna merah lebih sesuai berbanding warna merah jambu (pink).

Contoh rekabentuk logo untuk Warna MenawanContoh Kajian Kes Logo Warna Menawan Enterprise (WME)

Letterhead Warna Menawan

Syarikat ini terlibat dalam penyajian makanan Muslim - Halal. Selain itu, terlibat

dalam pembekalan dan lain lain aktiviti (trading). Apa yang penting mahu diketengahkan adalah ciri-ciri Islamik. Memandangkan nama syarikat tidak mencerminkan aktiviti perniagaan dan terlibat dalam aktiviti yang pelbagai, kami mencadangkan pengguna "Logotype" atau logo berasaskan huruf tanpa grafik atau simbol. Rekabentuk bernombor 6 adalah yang terbaik, kerana ianya mempunyai unsur kubah.

 

Sila klik imej untuk melihat gambar yang lebih besar.

Setelah pelanggan memilih satu rekabentuk (No. 6), kami seterusnya melalakukan kerja-kerja kemasan termasuk variasi warna dan susunan huruf dan slogan. Apabila kerja ubahsuai/pindaan (revisions) selesai, kami menyiapkan 2 set Stationery Designs pula. Ini termasuk rekabentuk kepala surat (letterhead), kad niaga (business card) dan juga sampul surat.


Contoh rekaan logo untuk JSMContoh Kajian Kes Logo JSM Enterprise

Letterhead stationery set design

Syarikat ini terlibat dalam industri perisian komputer dan pelanggan mahukan imej yang profesional dan logo mestilah menunjukkan ciri-ciri "syarikat perisian, perkomputeran dan pakar dalam bidang tersebut". Setelah berbincang dengan pihak JSM, kami mengemukakan beberapa contoh menggunakan unsur simbolik perkomputeran dan ringkasan huruf JSM (acronym).

Setelah melakukan kerja ubahsuai dan pindaan (revisions) kami menyediakan pula rekabentuk kepala surat sebagainya.

Sila klik imej untuk melihat gambar yang lebih besar.


Untuk mengetahui perihal dan asas logo dan penciptaan logo, sila rujuk halaman artikel yang berkenaan. Kami cuba sedaya mungkin memberikan maklumat berguna sebagai panduan pelanggan. Logo adalah satu unsur penting dalam proses pembinaan jenama. Ianya bukan tanggung-jawab pereka logo/grafik semata-semata. Logo yang berjaya adalah hasil usahasama antara pereka dan pemilik syarikat, perniagaan atau sesuatu pertubuhan (pemilik).

Artikel berkenaan logo dan penjenamaan sila rujuk di sini:

 

 

Share this