Label Before and After

Label Before and After

Yasmeen memerlukan identiti baru baru syarikat dan produk makanannya Sos BBQ. Kami mulakan dengan pembinaan logo yang moden dan kemudian label untuk botol Sos BBQ yang lebih "international" dari segi gaya dan persembahannya. Proses pemilihan gambar dari gambar stok berjalan dengan baik kerana keperluan Yasmeen agak umum seperti gambar tomato, rempah ratus dan sebagainya.

Kami menekan penggunaan gambar yang berkualiti antara lain kerana produk ini mempunyai bersaing dengan produk luar negara. Keseluruhan rekabentuk mesti kemas dan bersih - ini agak mencabar kerana ruang label botol agak terhad.

Logo menggunakan font yang diubahsuai dengan tudung periuk di bahagian atas. Ciri ciri "klasik" dibuang sepenuhnya. Label baru berjaya menggambarkan produk yang berkualiti setara dengan produk jenama terkenal. Kini Yasmeen telah berjaya memasuki beberapa pasaraya terkenal dengan imej yang lebih bersih moden dan "antarabangsa".