Mengapa Perlu Pilih Kami Untuk Rekabentuk Logo?

Anda sudah tahu dan faham bahawa logo merupakan salah satu elemen penting dalam pemasaran dan penjenamaan. Ia menjadi satu tanda yang melambangkan keseluruhan aktiviti perniagaan disamping memberi ekspresi visual tentang tahap kebolehpercayaan dan keupayaan sesuatu perniagaan atau syarikat yang diwakilinya. Di bawah adalah antara beberapa perkara penting, mengapa anda perlu pilih kami untuk projek rekabentuk logo!

Pereka Profesional Berpengalaman

Pereka logo kami adalah pakar dan berpengalaman luas dalam bidang ini. Kami telah memberikan perkhidmatan rekabentuk logo kepada syarikat dan perniagaan dari Malaysia dan merata benua melalui laman web www.logowaves.com sejak tahun 1999. Hari ini LogoWaves adalah milikan dan dibawah pentadbiran Randuk Benua. Sebelum ini LogoWaves mempunyai pusat komunikasi di Arkansas, Amerika dan telah dipindahkan sepenuhnya ke Ipoh, Perak.

Rekabentuk Logo Berkualiti

Pelanggan dari Malaysia boleh menempah logo yang berkualiti dan berkesan. Ini penting dalam persaingan yang semakin hebat. Tanpa logo yang berkualiti dan berkesan, anda hampir pasti akan hilang daya saing kerana logo biasanya merupakan first impression terutamanya bagi meyakinkan pelanggan baru. Kami mampu mereka logo yang berkualiti kerana ini adalah bidang dan kepakaran kami. Baca komen dan testimoni yang telah kami terima dari pelanggan kami di sini.

Harga Yang Rendah dan Sederhana

Jika dilihat dari segi harga yang kami tawarkan berbanding kualiti rekabentuk logo, kami percaya ianya sangat murah dan amat berpatutan. Sesuai bagi mereka yang baru memulakan perniagaan atau perniagaan kecil. Kami memberikan satu peluang untuk anda bersaing dengan syarikat dan perniagaan yang lebih berkemampuan. Kami mengkhususkan khidmat ini kepada anda yang memiliki perniagaan kecil dan baru kerana kami memahami peruntukan kewangan anda yang terhad. Ini merupakan satu sumbangan kecil kami dalam bersama membantu usahawan tempatan - Malaysia.

Mudah dan Jimat Masa

Urusan tempahan logo, pembayaran dan penerimaan logo akhir adalah dengan aplikasi internet sepenuhnya. Tidak perlu keluar pejabat untuk mendapatkan logo yang baik. Pereka logo dan anda tidak perlu membazir masa perjalanan atau tersekat dalam kesibukan jalanraya. Semua urusan boleh dibuat melalui email, telefon dan interaksi di laman we. Ini bukan saja mudah dan tidak membazir masa, malah ini dapat mengurang kos semua pihak.

Rekaan Unik - Tanpa Clip Art

Setiap logo yang kami cipta adalah unik berdasarkan maklumat yang anda berikan. Kami tidak sekali-kali menggunakan clip art bagi mencipta logo baru. Ini adalah satu jaminan bahawa setiap logo rekaan kami adalah unik dan khas untuk anda. Perlu diingat, penggunaan clip art akan merosakkan identiti perniagaan anda. Anda mungkin boleh boleh mereka logo sendiri, tapi pastikan jangan sekali-kali gunakan clip art. Kami sentiasa mengutamakan prosidur ini tanpa kompromi.

Logo Akhir Hakmilik Anda

Hakmilik rekaan setiap logo yang telah kami siapkan akan diserahkan kepada anda apabila semua bayaran telah disempurnakan. Terpulang kepada anda untuk mendaftarkannya, bagi mendapatkan hak "trade mark" di jabatan berkenaan. Pereka asal hanya boleh menggunakannya sebagai rujukan atau dimuatkan dalam portfolio masing-masing.

Pereka Logo Dalaman

Kami mempunyai pereka logo dan grafik yang berkhidmat sepenuh masa (in-house designers). Anda boleh menghubungi mereka secara terus bagi menyelesaikan segala permasaalahan yang berkaitan.

Teknologi Terkini & Format Fail

Kami menggunakan kemudahan teknologi terkini dan penggunaan perisian yang paling sesuai dalam setiap projek logo. Fail akhir yang kami sediakan sentiasa boleh digunakan di mana-mana atau pada bila-bila masa yang diperlukan. Selain itu juga kami menyediakan pelbagai format seperti eps, ai, png, gif, jpg dan sebagainya yang memenuhi keperluan dan aplikasi (penggunaan). Ia boleh digunakan untuk percetakan, silkscreen dan sebagainya.

Bantuan & Sokongan Fail Sepanjang Hayat

Kami menawarkan sokongan fail untuk tempoh sepanjang hayat. Jika ada masalah fail logo anda boleh dapatkan bantuan. Anda cuma perlu hubungi kami. Kami nasihatkan, buat salinan fail akhir logo dan simpan dalam cakera padat, CD, DVD atau lain-lain format atau aplikasi.

Kesimpulan - Tiada Keraguan

Jika anda membuat carian di internet dengan kata kunci "logo design", anda akan dipaparkan dengan lebih sejuta halaman yang berkaitan dengan logo design. Kini terdapat berpuluh ribu atau mungkin beratus ribu laman web yang khusus, menawarkan perkhidmatan dalam rekabentuk logo secara online atau konvensional. LogoWaves.com, LogoDesign.my akan tetap bersaing dan kini ia telah mencecah usia 10 tahun ditalian. LogoWaves.com adalah antara laman terawal yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya mahu di Malaysia atau diperingkat global. Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, kami bersedia merekacipta logo yang berkualiti tinggi untuk sebarang jenis perniagaan.

Jangan ketinggalan dalam persaingan yang semakin hebat alaf ini. Dapatkan rekabentuk logo yang berkesan, berkuasa, praktikal dan mampu bersaing direka oleh pereka logo berpengalaman.

Sila hubungi kami ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan.


Malaysian creative logo designers, online logo design services by company based in Malaysia. Serving local and international clients for small and big logo projects. View our logo samples and portfolio, view our design works for companies, organizations and non-profit organization. Affordable corporate identity package.

Share/Save