Pengalaman Bersama Pelanggan Randuk Benua

Kebelakangan ini kami terima banyak panggilan telefon dan email pertanyaan. Alhamdulillah, walaupun tanpa promosi melalui akhbar radio atau tv, pengunjung www.randukbenua.my semakin bertambah. Tetamu datang dari enjin carian, kenalan dan diperkenalkan pelanggan sedia ada. Terima kasih kepada semua!

Cuma sedikit ralat kerana masih ada yang mahukan kami di Kuala Lumpur (untuk perjumpaan dan interaksi). Malangnya kami masih belum membuka cawangan di Kuala Lumpur. Insyaallah dalam sedikit masa lagi. Sebenarnya kami "lari" dari Kuala Lumpur kerana mahukan suasana dan gaya hidup yang lebih aman tenteram tiada kesesakan.

Kerana yakin internet telah menyediakan satu pentas yang cukup sempurna untuk berinteraksi, kami telah memilih Ipoh sebagai tapak perniagaan dan kehidupan. Email, chat, voice chat, sidang video boleh di adakan bagi tujuan komunikasi. Sebenarnya, semua urusan kerja rekabentuk, pembangunan laman web, kerja grafik dan transaksi pembayaran boleh dilakukan tanpa bertemu muka. Semuanya online!

Pengalaman di www.logowaves.com - membuktikan bahawa internet telah berjaya meruntuhkan sempadan dan keterbatasan komunikasi. Selama 10 tahun di logowaves.com dengan ribuan logo tercipta, kami hanya bertemu tidak lebih dari 10 pelanggan! Yang kami temui adalah beberapa pelanggan tempatan yang berada di Kuala Lumpur.

Wassalam
Wizan Zaini

Share this