Perniagaan Business
Wizan Yang Hebat
Submitted by Sandy on Sat, 06/27/2009 - 15:52Saya Sandy Tan, pelanggan tetap kepada Wizan. Bermula daripada reka logo dan laman web, sekarang juga reka kulit buku, risalah dan macam-macam lagi. Semua kerja dihasilkan dengan cepat dan tepat. Paling penting, rekaan Wizan cantik dan menawan. Selain itu, Wizan sentiasa membalas emel dengan segera, tak adalah kes "missing in action" yang saya paling gentar. Sah, Wizan adalah pereka grafik yang paling hebat sekali. Pada masa ini Wizan sedang menyiapkan logo saya yang kedua dan ini akan diikuti dengan laman web dan sebagainya.
Bolehkah saya kemaskini laman saya sendiri
Submitted by admin on Fri, 06/26/2009 - 14:37Laman anda dibangunkan menggunakan CMS (Content Management System) dan anda boleh kemaskini, tambah bahan text, gambar dan sebagainya tanpa bantuan webmaster. Bahan rujukan dan bantuan disediakan untuk anda belajar mengemaskini laman.
Pengalaman Bersama Pelanggan Randuk Benua
Submitted by wizan on Thu, 06/25/2009 - 16:29Kebelakangan ini kami terima banyak panggilan telefon dan email pertanyaan. Alhamdulillah, walaupun tanpa promosi melalui akhbar radio atau tv, pengunjung www.randukbenua.my semakin bertambah. Tetamu datang dari enjin carian, kenalan dan diperkenalkan pelanggan sedia ada. Terima kasih kepada semua!
Cuma sedikit ralat kerana masih ada yang mahukan kami di Kuala Lumpur (untuk perjumpaan dan interaksi). Malangnya kami masih belum membuka cawangan di Kuala Lumpur. Insyaallah dalam sedikit masa lagi. Sebenarnya kami "lari" dari Kuala Lumpur kerana mahukan suasana dan gaya hidup yang lebih aman tenteram tiada kesesakan.
Kerana yakin internet telah menyediakan satu pentas yang cukup sempurna untuk berinteraksi, kami telah memilih Ipoh sebagai tapak perniagaan dan kehidupan. Email, chat, voice chat, sidang video boleh di adakan bagi tujuan komunikasi. Sebenarnya, semua urusan kerja rekabentuk, pembangunan laman web, kerja grafik dan transaksi pembayaran boleh dilakukan tanpa bertemu muka. Semuanya online!
Pengalaman di www.logowaves.com - membuktikan bahawa internet telah berjaya meruntuhkan sempadan dan keterbatasan komunikasi. Selama 10 tahun di logowaves.com dengan ribuan logo tercipta, kami hanya bertemu tidak lebih dari 10 pelanggan! Yang kami temui adalah beberapa pelanggan tempatan yang berada di Kuala Lumpur.
Wassalam
Wizan Zaini